Semua peniaga atau pemegang lesen pasar sehari pagi, pasar malam dan pasar tani di dalam kawasan MDSR dibenarkan berniaga bermula hari ini.
Semua peniaga atau pemegang lesen pasar sehari pagi, pasar malam dan pasar tani di dalam kawasan MDSR dibenarkan berniaga bermula hari ini.
Adnan Ibrahim

Simpang Renggam: Semua peniaga atau pemegang lesen pasar sehari pagi, pasar malam dan pasar tani di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dibenarkan membuka semula operasi perniagaan mereka bermula hari ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Mohamad Sukry Abd Rahim berkata, bagaimanapun semua peniaga terbabit perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, semua peniaga diminta mematuhi notis ini selaras dengan peruntukan kuasa kepada Majlis Daerah Simpang Renggam di bawah Seksyen 72(1)(f), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171.

"Makluman dan arahan ini dikeluarkan dari semasa ke semasa dan akan dipinda tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada pihak kerajaan negeri.

"Kerjasama dan tindakan dalam perkara ini diucapkan terima kasih. Sebarang aduan/ pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui : Tel : 07-7551300, Hotline : 1300-88-6377, WhatsApp Aduan : 019-7551300," katanya melalui kepada media.

Pada 14 Oktober lalu, MDSR mengarahkan semua pemegang lesen pasar sehari di bawah pentadbiran pihaknya ditutup operasinya berikutan berlaku kes penularan wabak Covid 19 di Renggam.

Antara kawasan pasar sehari yang ditutup sebelum ini dan dibenarkan beroperasi mulai hari ini adalah Kompleks Industri Kecil Sederhana (IKS) di Simpang Renggam, Pasar Bukit Keramoi yang dan Pasar Jalan Puteri di Pekan Layang-Layang,

Selain itu, Pasar malam Jalan Stesen di Renggam, Pasar Jalan Lingkaran 3 di Taman Sri Lambak dan semua Pasar Tani kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Simpang Renggam turut dibenarkan membuka operasinya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 1:51 PM