Kenderaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pagi ini bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri kabinet, pagi hari ini. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Kenderaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pagi ini bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri kabinet, pagi hari ini. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
SamadiAhmad


Putrajaya: Mesyuarat Khas Kabinet yang berlangsung hari ini, tamat sebelum jam 1 tengah hari tadi.

Kenderaan yang membawa menteri kabinet kemudian dilihat mulai keluar meninggalkan Bangunan Perdana Putra jam 12.45 tengah hari.

Bagaimanapun, mereka enggan memberi sebarang ulasan kepada wakil media yang menunggu di pintu masuk bangunan itu.

Pada 8.57 pagi, kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra.

Beliau mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang dijadualkan bermula jam 9.30 pagi.

Mesyuarat berkenaan dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa.

Turut kelihatan memasuki perkarangan Perdana Putra pagi tadi Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 2:19 PM