GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Georgetown: Seberang Perai Tengah (SPT) akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 31 Oktober hingga 1 November ini, demikian menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata, gangguan bekalan yang disebabkan pemasangan paip di Jalan Permatang Rawa, akan membabitkan kira-kira 2,600 akaun pengguna di sesetengah kawasan di Jalan Perda Utama dan Permatang Rawa.

"Kawasan yang terjejas ialah Kampung Permatang Batu, IKS Permatang Batu, Prominence Flat and Condominium, kawasan perniagaan Bandar Perda Timur, Kampung Permatang Rawa, IKS Permatang Rawa dan Taman Riang," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, PBAPP menasihati pengguna menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan selama lapan jam bermula 10 malam Sabtu (31 Oktober) hingga 6 pagi esoknya (1 November).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 6:03 PM