GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Nur Izzati Mohamad

Bukit Mertajam: Tukang masak warga Bangladesh ditemukan tidak bernyawa akibat serangan jantung di sebuah rumah dekat Jalan Chai Leng Park, Perai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, lelaki berusia 47 tahun berada dalam keadaan terbaring di atas tilam dalam sebuah bilik.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata sebelum itu anggota bomba tiba di rumah terbabit untuk pemeriksaan selepas dimaklumkan insiden berkenaan.

"Berdasarkan maklumat, mangsa didakwa tidak sedarkan diri sehingga mereka terpaksa memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.

"Pasukan perubatan dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang turut ke lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, siasatan polis tidak menemui sebarang kecederaan luaran atau unsur jenayah.

Katanya, majikan mangsa memaklumkan lelaki yang bekerja sebagai tukang masak sejak tiga tahun lalu menyewa di rumah berkenaan.

"Laporan bedah siasat mendapati sebab utama kematian mangsa berpunca daripada serangan jantung atau penyakit berkaitan arteri kononari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 6:08 PM