CHOW Kon Yeow (tengah) pada majlis penyerahan kunci dan surat tawaran rumah baharu kepada penduduk Kampung Chetty. FOTO Facebook Chow Kon Yeow
CHOW Kon Yeow (tengah) pada majlis penyerahan kunci dan surat tawaran rumah baharu kepada penduduk Kampung Chetty. FOTO Facebook Chow Kon Yeow
BERNAMA

Georgetown: Penduduk Kampung Chetty, Batu Ferringhi, di sini, sudah berpindah ke kediaman baharu rumah pangsa kos rendah 28 tingkat di Ceria Residensi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, rumah pangsa mempunyai 380 unit itu dibina di atas tapak kampung berkenaan seluas 12.14 hektar.

Beliau berkata, daripada 380 unit itu, 280 unit akan didiami oleh penduduk Kampung Chetty sebagai pampasan untuk projek pembangunan itu.

"Baki 100 unit pula akan ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada pemohon yang telah berdaftar untuk rumah mampu milik bagi daerah Timur Laut.

"Kerajaan negeri komited untuk membekalkan kediaman selesa dan berkualiti kepada rakyat yang memerlukan di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci dan surat tawaran rumah berkenaan, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Sing Deo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai.

Pada Julai 2014, pemaju bersetuju untuk memperuntukkan 350 pemilik rumah di Kampung Chetty satu unit rumah pangsa kos rendah menurut dasar 'one-to-one' kerajaan negeri bagi memberi laluan kepada projek pembangunan perumahan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 8:54 PM