Foto hiasan
Foto hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Raja Alias Tiga di Bandar Seri Jempol di sini, diarah tutup selama tujuh hari bermula esok.

Ia berikutan terdapat kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Peindustrian, Keusahawaan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Datuk Dr Mohammad Rafie Ab Malek berkata, penutupan sekolah itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.

"Berikutan itu, guru sekolah berkenaan hendaklah bekerja dari rumah dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian serta keupayaan akses kepada komunikasi sepanjang tempoh penutupan sekolah berkenaan," katanya.

Terdahulu, satu surat rasmi dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung pemberitahuan penutupan sekolah berkenaan tular di media sosial sejak petang hari ini.

Sebelum itu, beberapa buah sekolah di Tampin, Rembau dan Seremban turut diarah tutup berikutan terdapat kes positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 10:23 PM