KENDERAAN membawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelihatan masuk di perkarangan Istana Negara. FOTO Aswadi Alias
KENDERAAN membawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelihatan masuk di perkarangan Istana Negara. FOTO Aswadi Alias
BERNAMA

Kuala Lumpur: Suasana di Pintu Utama Istana Negara tenang dan dikawal ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak pagi tadi.

Pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di sekitar kawasan ini sejak 11 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan semasa dan menanti keberangkatan tiba rombongan Raja-raja Melayu yang dijangka menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, petang ini.

Polis juga memasang pemisah dan kon sebagai langkah keselamatan untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan fizikal petugas media ketika membuat liputan di sini.

Petugas media yang hadir wajib mengimbas kod QR MySejahtera dan mengambil suhu badan serta diberikan pelekat khas.

Polis turut mengadakan kawalan keselamatan di laluan utama menghala ke Pintu Utama Istana Negara hari ini.

Berita berkaitan:

  • Patuhi SOP PKPB di kawasan Istana Negara [METROTV]
  • Mesyuarat Majlis Raja-Raja mungkin esok
  • Rundingan dengan Raja-Raja Melayu gambarkan ketelitian Agong
  • Agong nasihat rakyat tenang, tidak panik, sabar
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 1:49 PM