Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Helikopter yang mendarat di Istana Negara di sini, dilihat meninggalkan pekarangan istana pada petang hari ini.

Helikopter berkenaan dipercayai dinaiki seorang Raja dan berlepas pada 5.30 petang sejurus selesai rundingan bersama Raja-Raja Melayu.

Beberapa anggota polis sebelum itu dilihat mengiringinya yang menaiki sebuah kenderaan ke helikopter sebelum berlepas.

Keberangkatan pulang Sultan berkenaan adalah selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pintu utama pada 5.13 petang.

Hanya Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang tidak dilihat masuk ke Istana Negara melalui pintu utama sebelum rundingan bermula pada 2.30 petang tadi.

Kesahihan sama ada Sultan Kelantan tiba dan pulang menaiki helikopter itu masih belum dapat dipastikan.

Helikopter berkenaan mendarat di pekarangan Istana Negara pada 3.05 petang hari ini.

Difahamkan, helikopter sama sudah mendarat pada 12 tengah hari sebelum terbang dan mendarat semula pada petang.

Berita berkaitan

Siapa penumpang helikopter?

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 6:03 PM