Anggota bomba bersiap untuk membawa mangsa lemas ke darat selepas ditemukan di di Sungai Linggiu, FELDA Linggiu di Kota Tinggi, pagi hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba bersiap untuk membawa mangsa lemas ke darat selepas ditemukan di di Sungai Linggiu, FELDA Linggiu di Kota Tinggi, pagi hari ini. Foto Ihsan JBPM
Omar Ahmad

Kota Tinggi: Remaja berusia 14 tahun lemas dalam kejadian di Sungai Linggiu, FELDA Linggiu di sini, pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, remaja lelaki berkenaan dikenali sebagai Reyroieno Leo Rosita.

Menurutnya, mangsa dipercayai lemas ketika menjala bersama ahli keluarganya.

"Tindakan operasi pencarian mangsa dilakukan oleh anggota Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

"Mayatnya dijumpai pada kedalaman tujuh meter kira-kira dua meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 7:56 PM