GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Seramai 612 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan itu ialah penjarakan fizikal (145), tidak memakai pelitup muka (156) dan gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (134).

"Sebanyak 53,886 pemeriksaan dilakukan melalui Task Force Operasi Pematuhan.

"Pasukan ini akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP," katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng pula menahan 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga kenderaan darat melalui 297 sekatan jalan raya.

"Sejak Mei hingga 26 Oktober lalu, 7,792 warga asing, 772 tekong dan 327 penyeludup ditahan melalui Operasi Benteng di seluruh negara.

"Sepanjang tempoh sama, 212 bot atau kapal serta 815 kenderaan darat dirampas," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 6:04 PM