Muhaamad Hafis Nawawi dan Erika George

Kuala Lumpur: Dua mangsa yang dilaporkan terkorban dalam tragedi kapal platform MV Dayang Topaz disahkan warga Malaysia.

Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Komander Maritim Dr Suzanna Razali Chan berkata, berdasarkan maklumat terkini dari Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya, pesawat AW189 Petronas yang membawa mayat mangsa selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 5.40 petang, semalam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa adalah warga Malaysia dan dibawa polis ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

"Seramai 173 individu daripada 185 mangsa yang selamat tiba di Jeti Pelabuhan Miri manakala 12 kru Dayang Topaz kekal berada di atas kapal itu bagi memastikan keselamatan kapal.

"Semua mangsa akan menjalani ujian saringan Covid-19 dan ditempatkan sementara di sebuah fasiliti penginapan bagi tujuan kuarantin," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat akan ditamatkan selepas semua mangsa dikenal pasti dalam masa terdekat.

Kapal Hisham 6 yang terlibat dengan misi menyelamat kru Kapal MV Dayang Topaz selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 11:46 pagi sebentar tadi dan diikuti pula dengan Kapal Surya Bayu pada jam 12:10 tengahari. Sementara kapal-kapal lain menanti giliran untuk memindahkan mangsa ke darat. Mangsa-mangsa yang diselamatkan itu di bawa turun ke Jeti Sri Mas bagi diserahkan kepada petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan. FOTO Ihsan APM

Berita berkaitan:

  • Ngeri terapung hampir tiga jam di laut
  • 4 kru Dayang Topaz ditemui selamat [METROTV]
  • Sauh kapal MV Dayang Topaz terputus, rempuh pelantar minyak
  • 1 maut, 4 hilang, 121 selamat kapal Dayang Topaz karam [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 8:10 PM