GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Satu kluster jangkitan baharu Covid-19 dikesan di negeri ini semalam iaitu Kluster Bayu yang membabitkan lapan individu positif wabak itu, sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, kes indeks bagi Kluster Bayu adalah seorang lelaki berusia 29 tahun yang dikesan hasil saringan bergejala pada Jumaat lalu.

"Susulan itu, saringan kontak dijalankan dan mengesan tujuh lagi kes positif baharu iaitu membabitkan dua orang rakan sekerja dan lima orang ahli

keluarga mereka.

"Sehingga semalam, kumulatif kes bagi kluster ini adalah sebanyak lapan kes positif jangkitan wabak.

"Jumlah kontak Kluster Bayu yang dikenal pasti adalah seramai 78 orang dengan 53 orang negatif dan 17 masih lagi menunggu keputusan ujian saringan.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan namun setakat ini, situasi kluster ini adalah terkawal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, bagi Kluster Kempas pula sebanyak tiga lagi kes jangkitan baharu dikesan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 33 individu yang positif wabak itu, semalam.

"Ia membabitkan tujuh orang rakan sekerja pencetus kluster, 17 orang ahli keluarga mereka, lima rakan sekerja ahli keluarga mereka, tiga orang pelajar dan seorang ahli keluarga pelajar.

"Sehingga semalam, sebanyak 444 orang kontak rapat kluster berkenaan sudah dikenal pasti yang membabitkan individu di Johor iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian selain Selangor dan Melaka.

"Daripada jumlah berkenaan, 395 adalah negatif dan 49 orang

masih lagi menunggu keputusan ujian saringan, " katanya.

Beliau berkata, punca jangkitan Kluster Kempas berkemungkinan daripada kes pertama yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mukim Hulu Langat, Selangor (Zon Merah) bagi menghadiri satu upacara perkahwinan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 9:54 AM