Foto hiasan
Foto hiasan
Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah Azman Nasrudin kembali memulakan tugas rasminya selepas sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas itu, dibenarkan keluar dari wad Hospital Alor Setar lebih seminggu lalu dan memulakan tugas sejak beberapa hari lalu.

Turut sembuh daripada jangkitan itu adalah pembantunya, Mohd Aziz Sukri Mohemed Amin, 39.

Menurut Mohd Aziz, beliau dan Azman dibenarkan keluar dari hospital berkenaan selepas 21 hari dirawat selepas disahkan positif Covid-19 pada penghujung September lalu.

"Selain saya dan YB Azman, terdapat ahli keluarga terdekat beliau serta saya yang disahkan positif sebelum ini sudah dibenarkan keluar hospital, Alhamdulillah kami semua kini bebas daripada Covid-19.

"Sebaik sahaja dibenarkan keluar hospital, kami semua diminta berehat di rumah selama seminggu sebelum kembali bertugas beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari

ini.

Pada 1 Oktober lalu, dilaporkan seorang exco di Kedah disahkan positif COVID-19 selepas pulang membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ahli politik itu menjadi kontak rapat kepada pembantunya yang disahkan positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 9:05 AM