GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
SamadiAhmad


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penutupan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) termasuk Sektor Pembelajaran dan Unit Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rahang bermula hari ini hingga 12 November.

Dalam kenyataannya, KPM berkata, penutupan itu susulan terdapat kes jangkitan wabak Covid-19 membabitkan beberapa orang pegawai dan anggota JPNS.

Arahan penutupan itu turutmembabitkan Unit Pembangunan Bakat Murid dan Sektor Pendidikan Islam di Kompleks Ko-Kurikulum serta Pusat Ko-Kurikulum Kem Hassan Basir di Batu Kikir, Kuala Pilah.

KPM memaklumkan, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan kakitangannya termasuk pelanggan.

Sehubungan itu, segala urusan membabitkan orang awam ditangguhkan sementara waktu sepanjang tempoh penutupan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2020 @ 9:13 PM