SUSPEK pertama  (depan) dibawa  ke mahkamah  Sepang. FOTO Samadi Ahmad
SUSPEK pertama (depan) dibawa ke mahkamah Sepang. FOTO Samadi Ahmad
SamadiAhmad


SEPANG: Perintah reman terhadap tiga suspek kes bunuh dan bakar jurutera tapak binaan, akhir bulan lalu, dilanjutkan enam hari lagi.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan pihak polis di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini.

Ayuni mengarahkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek disambung sehingga 11 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang juga dipercayai rakanbaik mangsa tiba di mahkamah pada 9.15 pagi dan dibawa keluar sejam kemudian.

Sebelum ini dilaporkan, dua suspek berusia 37 dan 42 tahun, bekerja sebagai kontraktor yang berasal dari Klang, Selangor, ditangkap pada 29 Oktober lalu bagi membantu siasatan.

Suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan suspek kedua ditahan pada hari sama di lokasi berasingan manakala suspek ketiga, 24, ditahan di Batu Caves, 30 Oktober lalu.

Suspek pertama hadir ke mahkamah dengan kedua-dua belah tangan serta betis kiri berbalut.

Pada 28 Oktober lalu, media melaporkan pemandu kenderaan mewah ditemui rentung dalam keretanya yang terbakar bersebelahan dengan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen LRT Salak Tinggi.

Siasatan awal mendapati kenderaan ituyang didaftarkan di Subang Jaya milik lelaki yang juga jurutera tapak binaan.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan luka akibat tetakan di badan dan punca kematian disebabkan kesan serangankecederaan luka akibat tetakan dan bukan disebabkan kebakaran justeru kes disiasat sebagai kes bunuh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:

  • Suspek ketiga kes bunuh dan bakar ditahan
  • 2 ditahan bantu siasatan
  • Bukan mati terbakar sebaliknya ditetak
  • Lelaki rentung dalam SUV rupanya mangsa bunuh
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 12:05 PM