MV Dayang TopazFOTO ihsan APMM
MV Dayang TopazFOTO ihsan APMM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengumpul bahan bukti dan dokumen sokongan berkaitan tragedi kapal MV Dayang Topaz di perairan Miri, Sarawak, 27 Oktober lalu.

JLM berkata, pasukan penyiasat JLM bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat tinjauan di lokasi (Baram-B) dan MV Dayang Topaz, 29 Oktober lalu.

Menurutnya, hasil tinjauan mendapati tiada pencemaran marin berlaku manakala pada 6 November lalu, keputusan ujian swab Covid-19 bagi semua kru dan penumpang MV Dayang Topaz disahkan negatif.

"JLM sudah menarik semula sekatan lawatan ke atas kapal pada 6 November lalu bagi memberi laluan kepada pihak ketiga dan Petronas untuk melawat kapal.

"Tindakan lanjut JLM juga dilakukan bagi tujuan pengambilan bahan bukti Voyage Data Recorder (VDR) kepunyaan kapal terbabit bagi melengkapkan siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, JLM sudah memastikan kesemua perincian faktor yang menyumbang kepada kejadian kemalangan ini dan tindakan berkaitan diambil bagi memastikan siasatan berjalan dengan jayanya.

"JLM selaku agensi peneraju bidang maritim di Malaysia sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan pelayaran negara diutamakan seiring perkembangan teknologi," katanya.

Dalam kejadian 27 Oktober lalu, dua individu maut selepas tali sauh kapal platform MV Dayang Topaz terputus lalu merempuh pelantar minyak di Kuala Baram.

Berita berkaitan:

  • 'Syukur adik saya selamat...'
  • Dua warga Malaysia terkorban [METROTV]
  • Ngeri terapung hampir tiga jam di laut [METROTV]
  • 4 kru Dayang Topaz ditemui selamat [METROTV]
  • Sauh kapal MV Dayang Topaz terputus, rempuh pelantar minyak
  • 1 maut, 4 hilang, 121 selamat kapal Dayang Topaz karam [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2020 @ 1:40 PM