TANGKAP layar daripada kamera litar tertutup berhampiran. FOTO ihsan DBKL
TANGKAP layar daripada kamera litar tertutup berhampiran. FOTO ihsan DBKL
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis menjalankan siasatan dari semua sudut berhubung penemuan mayat dalam keadaan mengerikan di Jalan Bangsar, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, setakat ini siasatan masih berjalan bagi mengenalpasti punca kejadian.

"Polis percaya mangsa adalah warga asing namun siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam portal MyMetro melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di dada, leher dan kemaluan.

Mayat itu ditemui orang awam pada jam 5.30 pagi di jalan raya dipercayai dicampak dari kenderaan.

Kejadian itu menyebabkan laluan berkenaan ditutup kira-kira sejam bermula jam 7.30 pagi bagi memberi ruang polis melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected] dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan berkenaan pada jam 5.38 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Kesan kelar di leher

Mayat atas Jalan Bangsar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 3:34 PM