KEADAAN kenderaan yang dihempap pokok.
KEADAAN kenderaan yang dihempap pokok.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya empat kereta di parkir di sekitar apartmen di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, rosak akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi.

Bagaimanapun, pada kejadian jam 6.30 petang itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Pemilik Perodua Myvi, Sobri, 31, berkata, ketika kejadian, dia berada tidak jauh daripada keretanya itu.

Katanya, ketika kejadian, hujan tidak begitu lebat.

"Saya berada tidak jauh daripada Perodua Myvi itu kerana sedang membaiki sebuah lagi kereta sebelum dikejutkan dengan bunyi pokok tumbang.

"Pokok terbabit menghempap bahagian atas dan depan kereta saya selain tiga lagi kereta berhampiran," katanya.

Menurut Sobri, dia kemudiannya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memaklumkan kejadian selain mendapatkan bantuan mengalihkan sisa pokok.

"Operasi pengalihan pokok selesai jam 8.30 malam tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 9:38 PM