Sultan Ibrahim bersama Dr Aman di majlis penganugerahan DMIJ di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. Foto FB The Royal Johor
Sultan Ibrahim bersama Dr Aman di majlis penganugerahan DMIJ di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. Foto FB The Royal Johor
Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu antara empat individu yang dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan Ke-62 hari ini.

Selain Dr Aman, turut dikurniakan DMIJ adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Salehuddin Hassan, Mejar Cina David Wong Khoong Soon dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) Avinderjit Singh Harjit Singh.

Berangkat sama di majlis itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

David Wong yang juga dari keturunan Wong Ah Fook dilantik sebagai Mejar Cina di atas perkenaan Sultan Johor pada September lalu.

Beliau menjalankan tugas dan bekerjasama dengan YSIJ dalam menyelaras, mengatur dan melaksanakan pengagihan kurniaan barangan keperluan makanan kepada Bangsa Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 11:21 AM