WANITA warga Pakistan bersama anaknya terselamat selepas tempat tinggal mereka di rumah kedai di tingkat tiga di Jalan SM 6 Sunwaymas, Batu Caves, terbakar. FOTO IHSAN BOMBA
WANITA warga Pakistan bersama anaknya terselamat selepas tempat tinggal mereka di rumah kedai di tingkat tiga di Jalan SM 6 Sunwaymas, Batu Caves, terbakar. FOTO IHSAN BOMBA
Muhaamad Hafis Nawawi


Gombak: Wanita warga Pakistan bersama anaknya berdepan detik mencemaskan apabila rumah mereka di tingkat tiga rumah kedai, di sini, terbakar, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 12.53 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan dua pegawai dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati tingkat tiga sebuah rumah kedai empat tingkat sedang terbakar.

"Terdapat dua mangsa iaitu ibu dan anak warga Pakistan yang kemudian diselamatkan anggota bomba.

"Kebakaran dapat dikawal pada 1.20 tengah hari dan rumah itu musnah 30 peratus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 4:02 PM