Suhaimi ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Lorong 5, Kampung Cina Tapah, Batu 22 Jalan Kuching-Serian di sini, semalam. Foto Melvin Joni
Suhaimi ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Lorong 5, Kampung Cina Tapah, Batu 22 Jalan Kuching-Serian di sini, semalam. Foto Melvin Joni
Melvin Joni

Padawan: Polis sedang menjejaki waris seorang lelaki warga emas yang ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Lorong 5, Kampung Cina Tapah, Batu 22 Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mayat lelaki itu ditemukan oleh orang kampung pada 2.15 petang.

Menurutnya, si mati yang dikenali sebagai Suhaimi Anuar, 62, beralamat No 15, Jalan Daud Kampung Baru di Kuala Lumpur dipercayai tinggal berseorangan dan merupakan penduduk di kampung berkenaan.

"Mayat si mati kini berada di Bahagian Forensik Hospital Serian.

"Polis masih menunggu waris, majikan atau kenalan si mati untuk tampil membantu siasatan dan urusan pengebumian," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Aidil berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Balai Polis Tapah di talian 082- 867236 atau Ketua Polis Balai Tapah SM Hud Isa di talian 019-868 2525.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 5:18 PM