Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga hari ini.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, ia membabitkan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang serta seluruh negeri Terengganu, susulan hujan lebat yang dijangka berterusan di tiga negeri itu.

Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah serta Jerantut, Bera dan Rompin di Pahang mulai semalam sehingga esok.

"Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu.

"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 12:10 AM