DUA kenderaan terbakar di Jalan Dutamas 1, hari ini. FOTO Ihsan Bomba.
DUA kenderaan terbakar di Jalan Dutamas 1, hari ini. FOTO Ihsan Bomba.

Hafidzul Hilmi Mohd

Kuala Lumpur: Dua pemandu terselamat selepas kereta dinaiki terbakar dalam kejadian di Jalan Dutamas 1, hari ini.

Kejadian pada 9 pagi membabitkan kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dan kereta Honda Jazz.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Bahrom Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.06 pagi.

Katanya, satu jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya tiba di lokasi, kebakaran sudah dipadamkan oleh pasukan penyelamat dan tiada mangsa yang terbabit.

"Siasatan mendapati kebakaran berpunca dari kemalangan yang berlaku antara kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pemandu sempat keluar dari kenderaan masing-masing.

Beliau berkata, Nissan Navara terbakar 80 peratus manakala Honda Jazz berkenaan terbakar 100 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 10:42 AM