Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. FOTO BERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak, awal pagi hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

"Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terbabit," katanya ringkas kepada Bernama.

Dalam pada itu, Bernama difahamkan satu sidang media akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 11:05 AM