MENDIANG Koperal Baharuddin Ramli. FOTO Ihsan FB PDRM.
MENDIANG Koperal Baharuddin Ramli. FOTO Ihsan FB PDRM.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli dari Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), yang maut akibat terkena tembakan ketika penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan Malaysia - Thailand, awal pagi tadi.

Facebook PDRM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berbalas tembakan itu berlaku antara anggota PGA dengan dua kumpulan penyeludup ketika beliau menjalankan tugas risikan di Tembok Sempadan (TS9) yang mana turut mencederakan rakan setugas yang lain.

"Sesungguhnya pemergian Koperal Baharuddin adalah satu kehilangan yang besar buat pasukan dan negara," katanya.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi hari ini, anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut terkena tembakan, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah.

Mereka yang sedang melakukan kawalan di pos sempadan dipercayai diserang dari arah negara jiran oleh anggota sindiket yang kemudiannya melarikan diri.

Tindakan pihak berkuasa mengetatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand sejak Mac lalu, menyebabkan kegiatan penyeludupan terutama membabitkan sindiket dadah dan ketum menjadi lumpuh.

Berita berkaitan

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 2:52 PM