Anggota JBPM melakukan operasi mencari warga emas yang dikhuatiri lemas berhampiran Jambatan Batu Pahat hari ini. Foto JBPM
Anggota JBPM melakukan operasi mencari warga emas yang dikhuatiri lemas berhampiran Jambatan Batu Pahat hari ini. Foto JBPM
Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Batu Pahat di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, lelaki berusia 71 tahun itu dikatakan terjun dari jambatan berkenana pada 3.51 petang.

Menurutnya, pihaknya yang menerima laporan mengenai ke lokasi dan membuat pencarian di tepi sungai dengan dibantu dua bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan bagi mengenalpasti lokasi mangsa dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 12 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat terbabit dalam operasi mencari itu.

Katanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis turut membantu dalam operasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 11:23 PM