ZARIMAN menunjukkan gambar adiknya yang  cedera parah terkena tembakan  ketika sedang bertugas di pos keselamatan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar. FOTO ROSELAN AB MALEK
ZARIMAN menunjukkan gambar adiknya yang cedera parah terkena tembakan ketika sedang bertugas di pos keselamatan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar. FOTO ROSELAN AB MALEK
Roselan Ab Malek


Bera: "Bapa teringin melawat adik di hospital, tetapi keadaannya yang menghidap angin ahmar tidak mengizinkan dia berbuat demikian," kata Zariman a/l Tari, 41.

Zariman adalah abang kepada anggota Pasukan Am (PGA), Sarjan Norihan, 39, yang parah terkena tembakan ketika sedang bertugas di pos keselamatan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis, semalam.

Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu dan bapa mereka amat sedih serta berhasrat melawat Norihan yang kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar, Perlis.

"Kami mendapat berita mengenai kejadian menimpa Norihan daripada adik yang berada di Kuala Lumpur.

"Bapa meluahkan hasrat untuk melawat adik, tetapi tidak mungkin dia dapat berbuat demikian memandangkan keadaannya yang tidak sihat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Orang Asli Bukit Ibam, di sini.

Zariman berkata, Norihan baru pulang ke kampung Oktober lalu untuk melawat bapa mereka.

"Adik seorang yang baik dan sering mengambil berat mengenai kami dan kesihatan bapa.

"Dia juga kerap pulang ke kampung selain menghubungi bapa setiap hari untuk bertanya khabar.

"Saya juga bercadang melawat adik, tetapi risau memandangkan negara berdepan peningkatan kes Covid-19, pada masa sama, hospital agak jauh sukar untuk kami ke sana," katanya.

Dalam kejadian 3.10 pagi semalam, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala Norihan parah terkena tembakan pada kanan perut.

Sebelum itu, dua anggota PGA terbabit yang bersenjatakan pistol Walther P99 sempat melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah penyeludup menyebabkan tiga daripada mereka cedera.

Berita berkaitan

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 8:56 PM