GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Dua lagi suspek ditahan berhubung kes bunuh seorang lelaki pekerja pemasangan khemah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Intan Baiduri, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ia menjadikan tiga suspek ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes bunuh itu.

Katanya, semua lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 24 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di Sentul dan Selayang antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang, semalam.

"Usaha memburu individu lain yang terbabit dengan kes berkenaan sedang dijalankan dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang pekerja pemasangan khemah mati ditetak di kepala di PPR Taman Intan Baiduri, semalam.

Dalam kejadian itu, polis menahan seorang penganggur lelaki yang juga penghuni PPR berkenaan di lokasi pada hari sama bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan

Pekerja pemasangan khemah mati ditetak

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 2:31 PM