GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Melaka: Polis menghubungi penduduk di tiga daerah di negeri berkenaan iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bagi mendapatkan maklum balas mengenai kegiatan jenayah di kawasan kejiranan mereka.

Polis Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa panggilan telefon itu dilakukan bermula minggu kedua November dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri itu.

Panggilan telefon kepada orang awam itu dibuat melalui On-line Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerusi talian 06-2841999, On-line IPD Alor Gajah (06-5564153) dan On-line IPD Jasin (06-5291122).

Polis Melaka turut menegaskan bahawa panggilan daripada nombor yang dimaklumkan oleh pihaknya itu bukanlah panggilan daripada scammer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 4:29 PM