GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Gombak: Dua lelaki menaiki kereta Proton Perdana putih yang melarikan diri ketika dikejar unit kereta peronda polis (MVP) di kawasan Sungai Pusu, di sini ditahan semula dalam tempoh 24 jam semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta dinaiki suspek berusia 17 dan 22 tahun dalam keadaan mencurigakan pada 2.30 pagi.

Menurutnya, ketika cuba menghampiri kereta itu untuk pemeriksaan kereta itu enggan berhenti dan terus memecut sebelum ditahan di kawasan Desa Makmur, di sini.

"Namun suspek berjaya meloloskan diri sebelum mereka ditahan semula 9.45 malam di sebuah rumah di sekitar Jalan Gombak Batu 10, Kuala Lumpur.

"Siasatan mendapati mendapati kereta yang digunakan oleh suspek tamat cukai jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan mereka ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 10:39 PM