FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Oleh Hassan Omar


Alor Gajah: Perahu nelayan berdaftar di seluruh Melaka diwajibkan diwarnakan ungu menjelang 2022 bagi memudahkan langkah penguatkuasaan undang-undang berkaitan operasi nelayan dan sumber perikanan.

Ia dipilih bagi membezakan perahu nelayan di negeri ini dengan negeri lain selain memudahkan penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Perikanan negeri.

Pengarahnya Mohd Fauzi Solehon berkata, nelayan diwajibkan mewarnakan perahu masing-masing dengan warna itu mulai sekarang bagi memastikan warna perahu di seluruh negeri ini mampu diseragamkan menjelang 2022.

"Warna perahu untuk Melaka ditetapkan ungu kerana setiap negeri mempunyai satu warna yang ditetapkan untuk memudahkan perahu dikenal pasti berasal dari negeri mana.

"Ia juga memudahkan pihak berkuasa membuat penguatkuasaan dan pemantauan di laut dan dalam usaha memelihara sumber perikanan," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, ungu dipilih kerana ia kurang menampakkan kekotoran pada badan perahu berbanding warna cerah seperti putih dan kuning.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 7:00 PM