Omar Ahmad


Johor Bahru: Lelaki warga asing yang dicari bagi membantu siasatan insiden pergaduhan yang tular di media sosial sudah ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, berdasarkan akuan secara lisan, suspek yang ditahan jam 7.20 malam itu mengaku dia warga Iraq.

Katanya, ditahan di kaki lima sebuah premis di Taman Sri Tebrau.

"Lelaki berusia 41 tahun itu ditangkap kerana tidak memiliki sebarang dokumen peribadi.

"Polis turut merampas sebatang besi panjang dipercayai senjata yang digunakan memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian 11.35 malam, 27 November lalu, lelaki warga tempatan berusia 39 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala, lengan dan kaki akibat dipukul dengan besi.

Berita berkaitan

Cedera dipukul warga Bangladesh

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 10:06 PM