ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kes samun Wan Hassan.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kes samun Wan Hassan.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Suspek samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong membuang dompet mangsa di lokasi kes samun kedua di Taman Titiwangsa.

Sumber berkata, tindakan pantas polis menemui dompet mangsa berjaya menjejak suspek yang menjadikan hotel sebagai markas mereka.

"Susulan itu polis berjaya menahan tiga suspek di hotel berkenaan, 6.30 petang semalam," katanya.

Menurutnya, polis turut menemui kereta digunakan ketika kejadian samun yang diletakkan suspek di stesen minyak di Taman Melati, di sini.

"Setakat ini 10 individu yang disyaki terbabit dalam dua kes samun termasuk rumah Wan Hassan sudah ditahan.

"Semua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh polis," katanya.

Dalam kejadian 3.30 pagi semalam, Wan Hassan maut ditetak perompak di rumah di Bukit Bandaraya, di sini.

Rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahu.

Selepas menetak Wan Hassan dan isterinya, suspek merompak rumah jurutera di Taman Tiara Titiwangsa pada 5.15 pagi.

Difahamkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin akan mengadakan sidang media berhubung penangkapan suspek kes ini, petang ini.

Berita berkaitan:

  • 10 suspek kes bunuh Dr Wan Hassan ditahan
  • Penjenayah tetak Dr Wan Hassan diberkas
  • Perompak disyaki guna laluan belakang
  • Arwah minta terbitkan buku Panduan Mudah Membaca al-Quran
  • Mangsa cuba melawan perompak
  • Maut ditetak perompak
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 1:20 PM