JARI manis mangsa yang tersangkut cincin turut patah. FOTO IHSAN BOMBA
JARI manis mangsa yang tersangkut cincin turut patah. FOTO IHSAN BOMBA
Omar Ahmad


Johor Bahru: Seorang lelaki patah jari manis tangan kiri apabila cincin yang dipakai tersepit di pemegang pintu ketika turun dari lori.

Insiden itu menyebabkan jari lelaki berusia 23 tahun itu terkoyak sekali gus tidak dapat menanggalkan cincin yang dipakai ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Wad Kecemasan HSI pada jam 3.39 petang.

Katanya, bantuan bomba diperlukan untuk memotong cincin itu dengan peralatan khas bagi membolehkan rawatan diberikan kepada mangsa.

"Mangsa memaklumkan jarinya tersepit pada pemegang pintu ketika turun dari lori menyebabkan kulit jari manis tangan kirinya patah.

"Mangsa pergi ke HSI bagi mendapatkan rawatan lanjut dan pihak hospital menghubungi bomba bagi memotong cincin dipakai mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Khairul Azhar, mangsa menahan kesakitan hampir sejam sebelum anggota bomba berjaya memotong cincin itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 8:16 PM