Laporan sebelum ini.
Laporan sebelum ini.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, Yang Dipertua Datuk Azhar Azizan Harun menempohkan sidang dan meminta kesemua Ahli Parlimen dan pegawai keluar dari bangunan Parlimen selepas penggera berbunyi.

Katanya, Bahagian Keselamatan Parlimen telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada perkara yang mencemaskan berlaku.

"Sekarang pada 10.32 pagi, Alhamdulillah semuanya selamat dan loceng sidang dewan dibunyikan selama dua minit untuk memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan," katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kesemua Ahli Parlimen mematuhi arahan untuk keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.

"Saya dan teman-teman berada dalam dewan dan mendengar ada penggera kebakaran dan diarah keluar dari bangunan Parlimen dan tidak menggunakan lif," katanya.

Katanya, kejadian seumpama ini merupakan yang pertama dialaminya sejak menjadi Ahli Parlimen.

Berita berkaitan

Sidang Dewan Rakyat ditangguh, dapat amaran kebakaran

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 12:10 PM