Bangunan KWSP di Jalan Raja Laut, KL. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman.
Bangunan KWSP di Jalan Raja Laut, KL. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman.
Nor Haidya Syafira Amir


Kuala Lumpur: Semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa bermula esok.

KWSP dalam kenyataan memaklumkan, pembukaan termasuk perkhidmatan kaunter, yang akan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dan pengamalan penjarakan fizikal.

"Ahli yang ingin berurusan harus membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP.

Cawangan KWSP di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah yang ditutup berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Oktober lalu turut beroperasi sama.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 4:30 PM