PERSIDANGAN Parlimen.
PERSIDANGAN Parlimen.
Oleh Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas diputuskan menerusi undian belah bahagi dengan 108 menyokong manakala 95 tidak menyokong dan 17 tidak hadir.

Terdahulu, Timbalan Menteri KPPK Willie Mongin menggulung perbahasan di peringkat kementeriannya.

Di dalam Belanjawan 2021, KPPK menerima peruntukan sebanyak RM729,392,200 membabitkan RM476,665,900 untuk perbelanjaan mengurus kementerian dan RM252,726,300 bagi perbelanjaan pembangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 4:35 PM