Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Wanita yang cedera dipukul suami yang juga warga Nigeria di Apartmen Villa Danau, Setapak, di sini, pada 29 November lalu sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dua lagi anaknya berusia 8 dan 29 tahun masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Mangsa yang dibenarkan pulang masih dalam keadaan trauma disebabkan kejadian. Siasatan lanjut masih berjalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 29 November lalu, kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai dicampak oleh suspek yang juga datuk tirinya dari tingkat tiga apartmen.

Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek berusia 42 tahun dikatakan berang apabila gagal merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu.

Perbuatan itu cuba dihalang isteri berusia 49 tahun dan anak-anak tiri lain berusia 19 hingga 29 tahun.

Suspek juga mencederakan tiga ahli keluarga mangsa sebelum terjun daripada tingkat sama dan ditangkap penduduk serta diserahkan kepada polis.

Berita berkaitan:

  • Bunuh cucu: Polis siasat dakwaan suspek terbabit ajaran sesat
  • Ibu di ICU, kakak, adik dalam rawatan
  • Baling telefon sebelum campak budak [METROTV]
  • Budak maut dicampak dari tingkat 3
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 1:43 PM