Berhenti merokok adalah pilihan terbaik - FOTO Harian Metro
Berhenti merokok adalah pilihan terbaik - FOTO Harian Metro
Mohammad Asyraf Khalib

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan masih terdapat lebih satu bilion perokok menjelang tahun 2025. 

Angka ini sudah tentu membimbangkan kerana jumlah bilangan perokok aktif semakin meningkat setiap tahun. 

Pada masa sama, WHO turut mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok daripada perokok lain.

Lebih menyedihkan, asap rokok bukan sahaja memudaratkan si perokok, sebaliknya mendatangkan bahaya kepada masyarakat sekeliling.

Kaji selidik produk alternatif

Menyedari asap rokok mendatangkan bahaya lebih besar kepada perokok dan masyarakat sekeliling, Philip Morris Malaysia (PMM) antara syarikat yang komited menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), mencipta teknologi bebas asap rokok. 

PMM pada masa sama berhasrat mencapai manfaat kesihatan awam yang lebih ketara apabila jumlah bilangan besar perokok dewasa yang ingin meneruskan tabiat merokok bertukar kepada alternatif yang kurang berbahaya.

Terbaharu, PMM melancarkan satu kaji selidik untuk mengukur sikap dan persepsi orang awam terhadap alternatif merokok.

Rakyat Malaysia dijemput untuk menjawab kaji selidik di bawah ini. 

Kerjasama anda dalam kaji selidik ini akan memacu usaha mengurangkan kesan kesihatan dikaitkan dengan merokok secara lebih ketara.

Cari alternatif kurang mudarat

Sebenarnya ramai perokok aktif yang mula sedar dan mencuba pelbagai cara untuk berhenti merokok. 

Namun, bukan senang membuang ketagihan merokok secara serta merta. Disebabkan itu, mereka mencari alternatif lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko itu. 

Di pasaran, produk alternatif seperti vape, tembakau yang dipanaskan dan e-rokok, antara produk yang dikatakan kurang mudarat kepada penggunanya.

Menurut kajian saintifik, ia hanya mengeluarkan wap dan mengandungi secara purata 95 peratus kurang tahap bahan kimia bahaya dibanding dengan rokok biasa.

Berdasarkan kajian bebas oleh badan kesihatan awam Public Health England, penggunaan e-rokok dan produk tembakau yang dipanaskan mampu mengurangkan risiko pendedahan bahan memudaratkan kepada mereka yang tidak merokok.

Kajian saintifik daripada Jabatan Kesihatan Alam Sekitar, Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Jepun Japan juga menunjukkan berlaku penurunan kadar bahan kimia yang cukup signifikan dalam aerosol dihasilkan melalui produk tembakau yang dipanaskan berbanding pembakaran rokok konvensional.

Malah menurut pelbagai pakar, nikotin bukan punca utama penyakit berkaitan dengan merokok, sebaliknya asap rokok yang dihasilkan melalui proses pembakaran mengandungi bahan kimia berbahaya.

Namun perlu diingat, walaupun kemunculan produk alternatif adalah pilihan lebih baik daripada merokok, ia masih tidak membebaskan anda daripada risiko. 

Justeru, keputusan terbaik untuk kesihatan adalah berhenti atau tidak mula merokok. 

Menjadi individu bebas rokok itu sendiri adalah satu kepuasan kerana anda bukan saja dapat meningkatkan kesihatan diri malah turut melindungi seisi keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 10:14 AM