ROKOK yang dirampas polis di Jalan Raja Alang. FOTO Ihsan Polis
ROKOK yang dirampas polis di Jalan Raja Alang. FOTO Ihsan Polis
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Dua peniaga rokok seludup terkedu selepas polis menyerbu kedai di Jalan Raja Alang, di sini, pagi tadi.

Serbuan 10 pagi itu berjaya merampas pelbagai rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dijalankan hasil risikan polis mengenai kegiatan menjual rokok seludup di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dua lelaki warga Indonesia berusia 65 dan 68 tahun ditahan polis di premis berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemui 680 kotak rokok tidak bercukai disorokkan.

"Rokok berkenaan tidak memiliki kebenaran untuk dijual kerana tidak membayar cukai kepada kerajaan," katanya dalam kenyataan media.

Mohamad Zainal berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Chow Kit untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 11:30 PM