PUSAT pemindahan sementara (PPS). FOTO Bernama
PUSAT pemindahan sementara (PPS). FOTO Bernama
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 323 mangsa petang ini, berbanding 282 individu pagi tadi.

Pada masa sama, dua pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka di Pasir Mas dan Tanah Merah, menjadikan empat daerah di negeri itu kini dilanda banjir.

Jumlah mangsa banjir berkenaan membabitkan 86 keluarga di 11 pusat pemindahan.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS di Kota Bharu dibuka iaitu SK Tiong (50 mangsa); SK Melor ( 23 mangsa) dan Islamic Outreach Abim Kok Lanas (11 mangsa).

Pasir Puteh pula membabitkan enam PPS iaitu Dewan Kompleks Kamil (67 mangsa); SK Bukit Jawa 2 (37 mangsa); SK Wakaf Raja (31 mangsa); SK Kamil 3 (25 mangsa); SK Sungai Petai (23 mangsa) dan SK Changgai (17 mangsa).

Sementara, di Pasir Mas dan Tanah Merah masing-masing membabitkan PPS SK Kubang Kual (8 mangsa) dan dan Balai Raya Padang Kijang (12 mangsa).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 3:29 PM