PENIAGA ayam, Mohd Jamil Jamlus 49, mencuba menggunakan perkhidmatan robot mengangkut barang yang kini sedang diuji dan akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember ini di Pasar Ayam Ipoh. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Ipoh: Pasar Ayam Ipoh di sini menjadi pasar pertama di negara ini yang menggunakan teknologi robotik bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan (Kerja dan Bangunan) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Arif Mohd Zainudin berkata, pada masa ini tiga jenis robot sedang diuji di pasar berkenaan iaitu robot mencuci lantai, robot mengangkut barang dan robot mengambil sampah.

Ketiga-tiga robot itu dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 15 Disember ini, katanya selepas menyaksikan demonstrasi robot terbabit hari ini.

Menurut beliau, teknologi robotik itu adalah hasil kerjasama MBI; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia.

ROBOT mencuci lantai yang kini sedang diuji dan akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember ini di Pasar Ayam Ipoh. FOTO BERNAMA
ROBOT mencuci lantai yang kini sedang diuji dan akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember ini di Pasar Ayam Ipoh. FOTO BERNAMA

Arif berkata, penggunaan teknologi robotik tersebut turut meningkatkan kecekapan guna tenaga.

"Sebagai contoh, sebelum ini kita perlu guna lima orang tenaga kerja untuk mencuci kawasan ini setiap hari tetapi dengan teknologi ini, hanya satu mesin diperlukan.

"Kekerapannya (mencuci) boleh ditambah, kalau sebelum ini kita hanya cuci dua kali sehari, kini kita boleh tingkatkan kepada tiga kali sehari," katanya.

PENIAGA ayam, Zaini Halim 53, mencuba menggunakan perkhidmatan robot mengangkut barang yang kini sedang diuji dan akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember ini di Pasar Ayam Ipoh. FOTO BERNAMA
PENIAGA ayam, Zaini Halim 53, mencuba menggunakan perkhidmatan robot mengangkut barang yang kini sedang diuji dan akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember ini di Pasar Ayam Ipoh. FOTO BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 8:49 PM