KENDERAAN Ahmad Faizal dilihat tiba kira-kira pukul 3 petang buat kali kedua memasuki perkarangan Istana Kinta dipercayai mengadap Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah.
KENDERAAN Ahmad Faizal dilihat tiba kira-kira pukul 3 petang buat kali kedua memasuki perkarangan Istana Kinta dipercayai mengadap Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah.

Ipoh: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki perkarangan Istana Kinta, di sini, buat kali kedua dipercayai mahu mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebentar tadi.

Beliau menaiki kereta Toyata Camry diiringi sebuah lagi kenderaan pada 3 petang.

Terdahulu, tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak turut mengadap Baginda bagi menyembah maklum mengenai situasi politik mutakhir di negeri ini di Istana Kinta, pagi tadi.

Mereka terdiri Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (Adun Aulong), Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi (Adun Manjoi).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 3:41 PM