FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berharap Karnival Usahawan Desa Secara Dalam Talian 2020 ([email protected] 2020) yang bermula semalam, mampu dimanfaatkan ramai usahawan terutama di luar bandar bagi memasarkan produk masing-masing.

Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, karnival itu disasarkan dapat mencapai jumlah jualan RM5 juta.

Beliau berkata, pihaknya menyedari ada dalam kalangan usahawan terutama di luar bandar yang hanya mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan produk sebaliknya tidak mempunyai kemahiran dalam pemasaran.

Justeru, katanya, usahawan ini akan dipadankan dengan mereka yang mempunyai kemahiran pemasaran bagi membantu memasarkan produk yang dikeluarkan, melalui [email protected] 2020.

"Mengambil kira penularan pandemik Covid-19 ketika ini, kementerian mengambil inisiatif mengadakan karnival selama tiga hari ini secara dalam talian, sehingga esok.

"Ini julung kali karnival ini dilaksanakan secara dalam talian. Ia memerlukan kementerian memikirkan bagaimana untuk mewujudkan satu platform pemasaran bagi produk luar bandar yang berkualiti supaya ia dapat memberi pendapatan kepada usahawan luar bandar.

"Kami mempunyai platform jualan dalam talian [email protected] yang sama seperti platform Shopee dan Lazada. Kami mensasarkan karnival ini dapat memberikan pulangan sehingga RM5 juta sepanjang tiga hari ini," katanya kepada media selepas menjadi tetamu rancangan masakan Chef Zam di kementeriannya pagi tadi.

[email protected] 2020 menyaksikan pembabitan lebih 300 'virtual booth' yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kategori iaitu pavilion, agensi kerajaan, korporat dan booth eNiaga untuk usahawan.

Ia boleh dilawati orang ramai dengan berinteraksi secara langsung dengan usahawan serta pempamer lain bagi mendapatkan maklumat berhubung produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian.

Antara kluster perniagaan dalam karnival ini termasuk makanan dan minuman (F&B), kesejahteraan seperti produk spa dan kosmetik serta gaya hidup seperti produk fesyen, aksesori dan kraftangan.

Peserta karnival berkenaan juga boleh melalui sesi padanan perniagaan sepanjang tempoh [email protected] 2020 hasil kerjasama strategik bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Melalui program ini, usahawan luar bandar boleh bertemu dengan pembeli dari dalam dan luar negara melalui platform digital [email protected] 2020 manakala antara pihak industri peruncitan terbabit termasuk Petronas Dagangan Berhad, TESCO, TF Value-Mart.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 4:46 PM