MOHD Syahbuddin dan isterinya, Nor Azila. FOTO FB Mohd Syahbuddin.
MOHD Syahbuddin dan isterinya, Nor Azila. FOTO FB Mohd Syahbuddin.
Ramli Ibrahim.


Gua Musang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan isterinya disahkan positif Covid-19, hari ini.

Mohd Syahbuddin dan isteri, Nor Azila Sidi melakukan ujian saringan selepas Adun Nenggiri Ab Aziz Yusoff disahkan positif wabak itu, bersama Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, dua hari lalu.

Berkongsi perkara berkenaan di Facebook, Mohd Syahbuddin memohon maaf dan memohon doa daripada semua pihak bagi kesembuhannya dan keluarga.

"Kepada semua yang ada berhubung rapat dengan Abe Din (Mohd Syahbuddin) dan Cikgu Laa (Nor Azila), Abe Din pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan/puan yang terpaksa kena swab test (ujian saringan) dan mungkin terkena jangkitan.

"Gua Musang telah diisytihar Zon Merah. Berhati-hatilah semua. Kepada Allah kami berserah," katanya dalam hantaran yang dimuat naik pagi ini.

Kedua-dua mereka akan menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Nor Azila juga adalah guru Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2, Gua Musang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 1:15 PM