MUHYIDDIN Yassin. FOTO Bernama
MUHYIDDIN Yassin. FOTO Bernama
Wartwawan Harian Metro

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, petang ini berkaitan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan perutusan itu 6 petang ini dan ia akan disiarkan di Facebook rasminya serta semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Perutusan itu dijangka berkaitan langkah kerajaan susulan kenaikan mendadak kes Covid-19.

Semalam, kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan terus mencatatkan empat angka dengan 2,433 kes dengan sembilan kematian.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sehingga tengah hari semalam meningkat kepada 135,992 kes dan kebolehjangkitan pula sebanyak 27,332 kes.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 3:56 PM