PENGEDAR akhbar kumpulan NSTP di bandar Segamat, Seow menunjukkan Harian Metro dan Berita Harian yang laris berikutan laporan isu semasa menarik dalam negara. FOTO Ahmad Ismail
PENGEDAR akhbar kumpulan NSTP di bandar Segamat, Seow menunjukkan Harian Metro dan Berita Harian yang laris berikutan laporan isu semasa menarik dalam negara. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail.


Segamat: Paparan jelas dan terperinci mengenai Pengisytiharan Proklamasi Darurat dalam negara mengamit impak jualan akhbar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang laris ibarat goreng pisang panas di Segamat, hari ini.

Pengedar serta penjual akhbar Kumpulan NSTP di Jalan Awang, Seow Tiam Fatt, 50, berkata, jualan Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times menjadi rebutan pelanggan seawal 5.30 pagi, hari ini.

"Berita lebih 300 lokasi sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam tadi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan enam negeri turut jadi tumpuan pembaca.

"Selain itu berita tumpuan adalah berkaitan 37 perkhidmatan dalam lima sektor ekonomi utama dibenar beroperasi dalam tempuh pelaksanaan PKP.

"Walaupun akhbar pesaing turut melaporkan isu berita utama sama hari ini, tajuk menarik, susun atur, sudut gambar bersesuaian selain ayat jelas mudah difahami menjadikan akhbar kumpulan NSTP dalam kelas tersendiri dan menjadi pilihan utama pembaca," katanya.

Seow berkata, kebiasaannya pelanggan datang membeli akhbar seawal 6 pagi namun berlaku perubahan waktu berlaku sejak beberapa hari lalu.

Katanya, hampir 600 naskhah ketiga-tiga akhbar itu dijual sebelum 10 pagi sejak akhir-akhir ini yang turut membabitkan laporan mengenai banjir di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 8:26 PM