GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hamzah Osman


Langkawi: Pulau Langkawi bertukar status daripada zon hijau kepada zon kuning selepas mencatatkan dua kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini.

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menerusi Facebook (FB) hari ini menyatakan kes itu dilaporkan masing-masing satu kes di Mukim Ayer Hangat dan Kedawang.

"Dukacita dimaklumkan terdapat dua kes baharu hari ini dilaporkan menjadikan Pulau Langkawi kini bertukar ke zon kuning," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut meminta orang ramai supaya dapat menjaga diri dan keluarga bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

"Covid-19 sudah berada di sekeliling kita sekarang. Amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian kita.

"Seperti sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan, jaga penjarakan fizikal dan menggunakan aplikasi MySejahtera di setiap premis yang dikunjungi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 8:29 PM