YUSMAN Abdul Rahman menyerahkan sumbangan kepada Mohd Hamizan Ramthan ketika berkunjung ke rumahnya di Kampung Tengah Dalam di Kluang.  FOTO ihsan PEMBACA
YUSMAN Abdul Rahman menyerahkan sumbangan kepada Mohd Hamizan Ramthan ketika berkunjung ke rumahnya di Kampung Tengah Dalam di Kluang. FOTO ihsan PEMBACA
Adnan Ibrahim


Kluang: Simpati dengan nasib mangsa banjir di bandar ini, sebuah kelab bowling tampil menghulurkan bantuan bekalan makanan sebagai usaha untuk meringankan beban mereka.

Pengerusi Kelab Setiap Selasa Blok Bowling (SSBB) Kluang, Yusman Abdul Rahman berkata, seramai 35 keluarga di Kampung Tengah Dalam dekat sini terpilih untuk menerima sumbangan pihaknya.

Katanya, antara bekalan makanan diberikan adalah beras, minyak masak, gula, sardin, biskut, tepung serta garam selain makanan ringan untuk anak mangsa.

"Semua barang ini hasil kutipan melalui satu pertandingan amal dianjur di sebuah pusat permainan bowling di Kluang yang disertai semua ahli kelab.

"Alhamdulillah, hajat kami untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir baru-baru ini tercapai walaupun dalam jumlah agak kecil," katanya selepas menyerahkan bantuan, semalam.

Yusman berkata, pihaknya sebelum ini berhajat mengumpul lebih banyak bantuan untuk mangsa banjir, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini menyebabkan bantuan diserahkan segera.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 8:37 PM