ALLAHYARHAMAH Dayang Rosnah menghembuskan nafas terakhir pada 6.39 petang hari ini. FOTO Ihsan Pejabat Menteri
ALLAHYARHAMAH Dayang Rosnah menghembuskan nafas terakhir pada 6.39 petang hari ini. FOTO Ihsan Pejabat Menteri
Mohd Roji Kawi


Kuching: Ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, dekat sini, petang tadi.

Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 6.39 petang kerana sakit tua.

Allahyarhamah meninggalkan 13 anak dengan Fadillah adalah anak kesembilan daripada 14 beradik.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada 10 pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 8:58 PM